DAFTAR PERCUMA DI SINI...

Monday 24 September 2012

rahsia kejayaan BFC in town di rawang




BFC.. gerai kecil yang semakin berkembang di rawang..


Terletak di bandar tasik Puteri, Rawang, BFC dimilikki oleh saudara Badrulhisyam yang lebih dikenali sebagai AbangBAd.. resipi ayam goreng yang diadun bersama tepung buatan sendiri benar-benar menyebabkan saya tergerak untuk mencuba sendiri kelazatan ayam goreng tersebut..
 kedai BFC terletak di
- Block A 7, 8 Lot 19609, Green Valley, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor


tapi sayangnya semasa saya sampai ke gerai tersebut..(kira-kira 830malam).. ayam goreng nya sudah habis dijual disebabkan pelangan yang tempah dengan kuantiti besar..sedangkan kedai sepatutnya tutup pada pukul 12malam..
kedai tersebut terletak di tapak uptown rawang (yang tidak dibangunkan)..memang agak sukar untuk mencari lokasi kedai tampa bertanya kepada penduduk setempat. mujur sempat juga saya mendapatkan kordinat bagi sesiapa yang ingin menikmati resepi ayam goreng BFC.


lokasi kedai BFC in town
 walaubagaimanapun, deretan kedai-kedai makan di sini memang mewujudkan persaingan yang sihat.. terdapat kira-kira 10 buah gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan ia ditutup sekitar 12am.. mujur ketika itu seorang sahabat saya yang juga rakan MSSP sedang menikmati ayam goreng dari BFC.. sempat saya mengepow seketul ayam goreng resepi dari BFC.. dan keputusan ikhlas dari saya?  ia.. rasa ayam goreng dari resepi abang Bad benar-benar sedap!! dan tidak segan saya katakan, rasanya lebih sedap jika nak dibandingkan dengan KFC mahupun ayam goreng dari lain-lain.. 

ketika sedang menjamu selera, saya berkesempatan berjumpa dengan pemilik perniagaan ini ,(abang bad). dan sempat juga saya mengorek rahsia kisah hidup beliau dalam memperjuangkan perniagaan makanan ini..

mengikut cerita beliau..  
asalnyer kedai yang beliau usahakan memang tidak mendapat sambutan, malah, tidak malu beliau katakan,, ''betapa teruk perniagaan abang, sampaikan gerai abang hanya ada 4 meja... dan biasanya 2 meja ada orang, 2 meja lagi kosong..''.. walaupun diakui ayam goreng ciptaan nya begitu enak dan lazat, ia kurang dipromosikan.. ''kedai hanya dibuka pukul 7pm dan ditutup sekitar 2pagi''.. dibandingkan dengan kedai2 di sebelah kedai abang badrul yang mempunyai lebih dari 10 meja, ia memang merupakan satu persaingan yang cukup sengit untuk terus berjuang mendapatkan rezeki yang halal..

rezeki nya mulai berubah apabila kira-kira bulan julai 2012, beliau diperkenalkan oleh seorang dealer MSSP. bermula dengan mengikuti seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak affiliate junction, beliau tergerak hati untuk mengikuti program mykad smart shopper bagi memajukan perniagaan beliau..
tidak sampai sebulan daripada mengikuti system yang dipekenalkan oleh MSSP, hasil perniagaan beliau mula menampakkan tanda tanda yang memberangsangkan.. penduduk di sekitar tasik permaisuri mula mengenali gerai BFC .. malah, kuantiti ayam yang dibeli bertambah dari hari ke hari. pakej yang dipekenalkan oleh pihak MSSP menyebabkan abang bad mula tidak senang duduk, hanya beliau sebagai bos dan juga pekerja, beliau terpaksa mengupah pekerja dari Thailand. bermula hanya dengan 4 meja, dalam tempoh yang cukup singkat,meja terpaksa di beli atas peningkatan pelangan secara mendadak..pemuda pemudi mula jadikan kedai BFC sebagai port untuk melepak,sekaligus menyebabkan gerainya menjadi tumpuan orang ramai yang melihat kedainya semakin meriah..

 kini..dalam tempoh  baru beberapa bulan..gerai BFC in town telah mempunyai 12 meja.. asalnya beliau membuka kedai pada pukul 7pm.. kini disebabkan pertambahan pelangan..beliau membuka sekitar 4pm.. malah,, kadang kala beliau terpaksa menutup kedai awal kerana ayam sudah habis dijual..perkara yang tidak pernah berlaku sepangjang beliau digelar perniaga.



disebabkan perniagaan abang bad berkembang dengan pesat, beliau terpaksa menambahkan lot sewa kedainya dari satu lot kepad 2 lot, malah apabila kunjungan kami baru -baru ini, lot ketiga juga telah disewanya dan menjadikan lot ke-3 tersebut sebagai bilik office beliau dengan hampir 50% dari dekorasi pejabat beliau menyerupai office centre MSSP di sungai besi..

kami cukup berbangga dengan kejayaan abang bad..malah semasa saya kebetulan berbual dengan seorang budak tempatan (darjah 4) tidak ingat nama nya. yang menjadi pelangan di kedai tersebut, kanak2 tersebut juga mengetahui kedai abang bad menyediakan diskaun dan point!! marketing yang cukup sempurna sehinggakan budak sekolah tersebut juga membawa sahabat2 sekolah nya untuk berbelanja di kedai BFC walaupun hanya dengan meminum secawan milo ais,,tetapi bagi perniaga seperti Abang bad, ia tetap satu keuntungan..

gambar di atas: Lot ke -3 merupakan lot yang dijadikan ofis (bulatan merah) manakala lot oren ke 2 dan pertama terletak di kanan lot hijau..(warna original kedai..merah)

abang bad mengunakan seluruh peluang yang ada untuk meningkatan pelangan beliau dengan secara optimum.. pelangan-pelangan yang berkunjung ke kedai beliau akan tertarik dengan borang menjadi penguna MSSP secara percuma di setiap meja makan, malah, kaunter pembayaran serta kawasan utama juga diselitkan dengan poster MSSP .. kesannya..pelangan yang kebetulan hanya 'cuba mengunjungi kedai beliau'' terus tertarik dengan konsep diskaun dan mataganjaran MSSP yang di iklankan oleh abang bad. malah, abang bad juga tidak lokek bercerita mengenai MSSP kepada pemilik perniagaan lain serta pelangan pelangan nya.. 





iklan banner di belakang kaunter pembayaran banyak membantu menarik pelangan yang ingin mendapatkan diskaun bila berbelanja.









borang menjadi ahli MSSP di setiap meja.


bagi sesiapa yang belum mengenali apa itu MSSP, anda boleh merujuk kepada portal rasmi kami di mykad.aj.my . ia juga menyenaraikan semua kedai kedai yang terlibat dalam projek ini.  

manakala kepada peniaga-peniaga yang sedang mencari marketing terbaik untuk memasarkan perniagaan anda..anda boleh menghubungi agent MSSP melalui no 0132344160 @ email 
macsolutionmarketing@gmail.com atau terus ke ruangan di bawah untuk mengisi borang permohonan..

p/s ( alamat: ditukarkan kepada status berminat menjadi agent dan sertakan lokasi untuk berjumpa dengan wakil agent  )










No comments:

Post a Comment